Search

Kerajaan China akan menulis semula Al-Quran dan ju...

  • Share this:

Kerajaan China akan menulis semula Al-Quran dan juga Bible mengikut tafsiran dan citarasa mereka. Apa jua ayat yang dirasakan tidak memiliki citarasa ‘keChinaan’ akan dibuang dan mungkin diganti.

Namun, bad news untuk cita-cita kerajaan China kerana barangkali mereka tidak tahu bahawa Al-Quran diturunkan oleh Allah Pencipta Alam Semesta dan Dia sendiri akan memeliharanya. Apabila Tuhan sendiri yang akan memeliharanya, apakah mereka mampu melupuskan Al-Quran?

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”
(Al-Hijr 15:9)

Dan Al-Quran bukannya dipelihara menerusi penulisan tetapi Al-Quran dipelihara menerusi hafalan para huffaz. Bakar dan lupuskanlah semua Al-Quran hatta versi online sekalipun kerana InshaAllah dalam beberapa hari, Al-Quran yang sama akan muncul semula kerana berjuta-juta manusia telah menghafalnya.

“Al-Quran tetap datangnya dari Allah dengan tidak syak lagi) bahkan ia ayat-ayat keterangan yang jelas nyata, yang terpelihara di dalam dada orang-orang yang berilmu dan tiadalah yang mengingkari ayat-ayat keterangan Kami melainkan orang-orang yang zalim.”
(Al-Ankabut 29:49)

Tiada kitab agama yang akan mampu kembali dicetak & dipelihara seperti Al-Quran kerana Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dijanjikan akan dipelihara oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

Doakan untuk para saudara seagama Uyghur kita di China dan di seluruh dunia yang ditindas.

https://ahvalnews.com/uighurs/china-rewrite-quran-bible-amid-crackdown-uighur-minority


Tags:

About author
not provided
"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah i
View all posts